PRN Johor : Parti Bangsa Malaysia Bertanding 4 Kerusi

- Advertisement -

Johor Bahru – Parti Bangsa Malaysia (PBM) mengumumkan empat calon akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac 2022 ini.

Pengarah Pilihanraya PBM, Haniza Talha berkata terdahulu PBM hanya dua kawasan DUN untuk bertanding namun pihaknya mengenalpasti terdapat dua lagi DUN yang berpotensi untuk memperolehi kemenangan.

“Bagaimanapun, kajian penilaian lapangan dijalankan Jabatan Pilihanraya telah mengenalpasti dua (2) lagi kawasan DUN yang berpontensi untuk Parti Bangsa Malaysia memperolehi kemenangan.

“Empat kawasan tersebut adalah DUN Puteri Wangsa dan DUN Tiram dalam Parlimen Tebrau, DUN Stulang (Johor Bahru) dan DUN Maharani (Muar),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, calon-calon yang akan bertanding adalah Muhammad Hanis Asmui Bin Md Salleh (N15: Maharani), Mohd Azmi Bin Ali (N40: Tiram), Steven Choong Shiau Yoon (N41: Puteri Wangsa) dan Muhammad Saiful Bahari Bin Sahari (N45: Stulang).

Haniza menambah, kesemua calon akan membawa aspirasi Agenda The Great Reset 2030 yang terdiri daripada enam tunjang utama iaitu mengeratkan perpaduan antara kaum, meningkatkan penglibatan golongan muda, memperkasakan peranan wanita, pembangunan ekonomi negara, menjana perkembangan sains dan teknologi dan peningkatan kualiti pendidikan di Malaysia.

Untuk rekod, PRN Johor merupakan pilihanraya pertama yang disertai oleh Parti Bangsa Malaysia, yang mana ia merupakan medan untuk mengetengahkan iltizam parti dalam usaha membina Malaysia yang lebih inklusif dan progresif untuk masa hadapan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat