Orang Awam Cuba Tinggalkan Ibu Negara Ukraine

- Advertisement -

KYIV – Kesesakan jalan raya teruk berlaku di jalan utama keluar dari Kyiv hari ini selepas orang awam cuba meninggalkan ibu negara berikutan serangan Russia ke atas Ukraine.

Trafik di laluan empat lorong dilihat tidak bergerak langsung di mana kenderaan beratur panjang sejauh berbelas-belas kilometer.

Sebahagian orang awam pula mula beratur panjang untuk mengeluarkan wang tunai dan menambah barangan keperluan.

Tanda-tanda kebimbangan jelas kelihatan terutama dengan beberapa pesawat melintasi ruang udara, letupan kedengaran di beberapa tempat dan siren kecemasan dibunyikan pada awal pagi.

Walaupun beberapa minggu amaran kemungkinan berlakunya serangan dari Russia dikeluarkan, namun sebahagian individu tidak menjangkakan ia benar-benar berlaku.

“Saya tidak jangka keadaan ini. Sehingga pagi ini, saya percaya tiada apa akan berlaku,” kata Nikita, 34, yang menanti giliran dalam barisan panjang di pasar raya dengan beberapa kotak minuman memenuhi troli.

Beberapa pasar raya dan kedai runcit juga dipenuhi pelanggan yang bersedia untuk kekal di Kyiv.

Kad debit dan kredit masih boleh digunakan, manakala barisan panjang dapat dilihat di hadapan mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Sebahagian orang awam mula membawa beg dan bagasi untuk mencari jalan keluar dari bandar berkenaan menaiki bas, kereta atau kapal terbang.

Seorang wanita yang hanya dikenali sebagai Gulnara berkata, dia sepatutnya menaiki pesawat ke Baku dari Kyiv namun, dimaklumkan semua penerbangan dibatalkan.

“Tiada sesiapa memaklumkan kami apa yang berlaku, apa akan jadi dengan penerbangan kami, apa yang perlu kami lakukan, atau ke mana kami harus pergi.

“Kami tidak dapat ke mana-mana. Tiada sesiapa membantu kami,” katanya. – Reuters

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat