KSU Kementerian Kesihatan Bakal KPPA Baharu?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah dijangka akan dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) yang baharu menggantikan Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman yang bersara wajib minggu lalu.

Menurut sumber, Selain Mohd Shafiq, nama lain yang dalam senarai pendek ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Mohamad bin Mantek, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan dan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr Rose Lena binti Lazemi.

Dari nama-nama terbabit, Mohd Shafiq dan Wan Ahmad Dahlan dilihat antara calon yang bersaing sengit dalam pelantikan tersebut. Namun sumber kerajaan tidak menolak kemungkinnan kerajaan melakukan kejutan melantik Rose Lena sebagai KPPA yang baharu bagi memperkasa peranan wanita dalam kerajaan.

Satu lagi nama yang disebut-sebut juga ialah Ketua Setiausaha kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Suriani Ahmad.

Kerajaan dijangka mengumumkan pelantikan KPPA dalam tempoh terdekat.

KPPA merupakan antara jawatan tertua di negara ini. Sejak tahun 1934, bahagian ini telah diterajui oleh 23 orang KPPA. Mereka terdiri daripada Sir John Huggins (1934 – 1943), A.J. Gracie (1.7.1954 – 7.9.1957), H.G.Turner (8.9.1957 – 1.7.1959), Tan Sri Ahmad Bin Haji Husin (5.10.1959 – 1.3.1963), Tunku Tan Sri Mohamed B. Tunku Besar Burhanuddin (2.3.1963 – 6.11.1967), Tan Sri Abdul Kadir Bin Shamsuddin
(7.11.1967 – 31.10.1969), Tan Sri Syed Zahiruddin Bin Syed Hassan (1.11.1969 – 29.6.1972), Tan Sri Datuk Abdullah Bin Ayub (1.7.1972 – 31.7.1974), Tan Sri Datuk Abdullah Bin Mohd. Salleh (1.8.1974 – 30.9.1976), Tan Sri Datuk Abdul Aziz Bin Zakaria (1.10.1976 – 17.6.1978), Tan Sri Hashim Bin Aman (18.6.1978 – 30.11.1980), Tan Sri Osman S.Cassim (1.12.1980 – 31.7.1985), Tan Sri Rozhan Bin Kuntom
(1.8.1985 – 26.1.1987), Tan Sri Dato Alwi Bin Jantan (26.1.1987 – 15.4.1990), Tan Sri Dato Mahmud Bin Taib (16.4.1990 – Dis 1995), Tan Sri Dr. Mazlan Bin Ahmad (14.12.1995 – 14.12.1998), Tan Sri Dato Samsudin Bin Osman (15.12.1998 – 31.1.2001), Tan Sri Jamaluddin Bin Haji Ahmad Damanhuri
(2001 – 2005), Tan Sri Ismail Bin Adam (2005 – 30.6.2010), Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah
(1.7.2010 – 1.7.2012), Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal (15.3.2013 – 31.12.2016), Tan Sri Zainal Rahim Seman (16.1.2017 – 31.05.2018), Tan Sri Borhan bin Dolah (13.7.2018 – 9.9.2019), Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman (1.10.2019 – 16.01.2022) -SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat