Hanya 35 Kes Baru Covid-19 Kategori 3 Ke Atas Dilaporkan Hari Ini

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Sebanyak 3,179 kes bersamaan 98.9 peratus daripada 3,214 kes positif Covid-19 hari ini, adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, hanya 35 kes bersamaan 1.1 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima.

Katanya, sebanyak 3,179 kes positif menunjukkan penurunan berbanding semalam, 3,856 kes sekali gus mengatasi 3,116 kes.

“Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan terus merekodkan peningkatan, 65 kes berbanding semalam, 53 kes.

“Pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula merekodkan peningkatan, 146 kes berbanding semalam, 143 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia terus mencatatkan penurunan jumlah kluster Covid-19 apabila merekodkan sembilan kluster baharu berbanding semalam, 13 kluster.

Katanya, ia menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,315 kluster.

“Sebanyak 234 kluster aktif direkodkan yang menunjukkan sedikit penurunan berbanding semalam, 235 kluster.

“Jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 6,081 kluster berbanding semalam, 6,071 kluster,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan mencatatkan penurunan iaitu sembilan kes berbanding semalam, 15 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 31,892 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sifar kes daripada sembilan kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,428 kes. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat