Lapan AJK Armada Bersatu Pengkalan Chepa Letak Jawatan, Hilang Percaya Kepada Ketua

- Advertisement -

CYBERJAYA – Lapan ahli jawatankuasa (AJK) Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Pengkalan Chepa, Kelantan meletakkan jawatan masing-masing berkuatkuasa 26 Disember lalu.

Mereka yang melepaskan jawatan itu adalah Naib Ketua Armada, Bendahari dan enam orang ahli jawatankuasa bahagian berkenaan, lapor MalaysiaGazette, hari ini.

Bekas Naib Ketua Armada bahagian, Sharizat M Roslan berkata, keputusan ini diambil selepas hilang kepercayaan terhadap Ketua Armada Bahagian Pengkalan Chepa, Nas Azreel Ahmad Nas Ruddin.

Beliau mendakwa Nas Azreel gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ketua, banyak melakukan kesilapan, lemah dalam urus tadbir serta tidak peduli Armada di peringkat cawangan dan akar umbi.

Menurut Sharizat, bekas ketuanya juga tidak pernah mengadakan mesyuarat jawatankuasa bahagian bagi membincang pelaksanaan program sejak Februari 2000 hingga Disember 2021.

Selain itu, beliau mendakwa tiada sebarang pembentangan kewangan, bajet dan dana yang masuk untuk Armada Pengkalan Chepa dilakukan oleh bekas ketuanya.

“Tiada intgeriti sebagai seorang ketua seperti yang ditekankan oleh Presiden Bersatu,” katanya, dipetik dari laporan tersebut.

Justeru itu, katanya, berdasarkan Perlembagaan Armada Fasal 11.11, apabila dua pertiga jawatankuasa Armada meletak jawatan, maka terbubarlah jawatankuasa Armada tersebut.

”Maka secara automatik tergugurlah jawatan Ketua Armada Pengkalan Chepa yang juga merangkap Ketua Armada Kelantan,” ujarnya, sambil mengharapkan kepimpinan parti dapat melantik Ketua Armada Penaja yang mampu menggalas tanggungjawab parti demi kelangsungan sayap itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat