Tidak wajar mengeruhkan keadaan meskipun tiada simpati terhadap Najib dan keluarga – Anwar

KUALA LUMPUR, – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa adalah tidak wajar bagi mana-mana pihak untuk mengeruhkan keadaan atau menambah ketegangan, meskipun terdapat pihak yang memilih untuk tidak menzahirkan simpati terhadap Datuk Seri Najib Razak dan keluarganya.

Dalam satu kenyataan media yang dimuat naik menerusi Facebook hari ini, Anwar merujuk kepada keputusan kehakiman berhubung isu Titah Adendum yang diputuskan semalam, sambil menegaskan bahawa Kerajaan MADANI kekal berpegang teguh kepada prinsip penegakan kedaulatan undang-undang serta pengasingan kuasa.

Menurut beliau, badan kehakiman mesti dan akan terus bebas daripada sebarang pengaruh luar, dan atas prinsip tersebut, beliau menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Hakim.

Sehubungan itu, Anwar menegaskan bahawa semua pihak wajar menghormati keputusan mahkamah berkenaan, termasuk memanfaatkan ruang dan saluran perundangan yang masih tersedia untuk mengemukakan rayuan, selain kepada Yang di-Pertuan Agong, selaras dengan peruntukan undang-undang yang ada.

Beliau turut menyeru semua pihak agar menangani isu ini dengan penuh kesabaran dan kebijaksanaan, khususnya dalam keadaan yang sensitif ketika ini, bagi mengelakkan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam atau memperuncing perbezaan pandangan.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat