CBP Tersenarai Dalam Koperasi Premier Negara 2021

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Co-opbank Pertama (CBP) hari ini mengumumkan tersenarai di dalam Koperasi Premier Negara bagi tahun 2021 oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohamad Anuar berkata pengiktirafan ini membuktikan kemampuan CBP untuk terus mengekalkan kecemerlangan prestasi perniagaannya dan seterusnya memberi manfaat kepada hampir 100,000 anggota CBP.

“Sebagai co-opbank syariah terunggul di Malaysia dan kami akan terus komited bagi menjadikan CBP sebagai suatu jenama korporat yang diterima dan dikenali ramai.

“Pengiktirafan usaha ini penting bagi membuktikan CBP berada pada landasan yang tepat dalam memastikan ia dapat bergerak seiring dengan institusi kewangan yang lain,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, komitmen dari seluruh warga CBP turut menjadi faktor penyumbang kepada pencapaian kali ini.

“Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak termasuk MEDAC, SKM, Anggota Lembaga, Anggota CBP serta warga kerja CBP di atas kepercayaan serta usaha yang dicurahkan selama ini.

“Umum mengetahui bahawa tahun 2020 merupakan tahun yang amat mencabar bagi hampir semua perniagaan. Walau bagaimanapun, CBP telah berjaya mendepani cabaran ini berdasarkan pencapaian prestasi kewangan tahun 2020 yang mencatatkan keuntungan sebanyak RM85.1juta,” katanya.

Dalam pada itu Khairil berkata, bagi menghadapi cabaran perniagaan di masa akan datang, pihaknya sedang merangka beberapa strategi perniagaan baharu yang dapat memelihara kelestarian prestasi CBP.

Untuk rekod, CBP sebelum ini telah dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama Koperasi Terbaik negara di dalam Profil 100 Koperasi Negara 2020.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat