Muhyiddin lancar Dasar Pelancongan Negara 2020-2030 hari ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030 yang akan dilancarkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini akan memberi tumpuan kepada pelancongan lestari dan peningkatan pendapatan pelancongan.

Ia sekali gus menjadi kayu ukur, seterusnya memberi impak kepada ekonomi negara.

Menerusi dasar itu, ia bukan bermakna bilangan pelancong tidak penting, tetapi tumpuan akan lebih diberikan kepada jumlah wang yang dibelanjakan pelancong dan juga tempoh mereka melawat dan menetap di Malaysia.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyatakan komitmen kepada pelancongan yang mampan dan bertanggungjawab seiring Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSDG).

Ia akan memperkukuh peranan pelancongan sebagai pemangkin untuk pembangunan ekonomi dalam cara yang bertanggungjawab dan inklusif.

Muhyiddin dijangka melancarkan DPN 2020-2030 secara langsung menerusi Facebook rasmi MOTAC pada 9.30 pagi ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Datuk Seri Nancy Shukri akan turut serta pada pelancaran itu.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat