Sultan Selangor perkenan menerima RM1.25 juta zakat perniagaan dari kumpulan JAKEL

- Advertisement -

SHAH ALAM – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima zakat perniagaan dari syarikat kumpulan JAKEL untuk diserahkan kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini.

Sumbangan disampaikan Pengarah Urusan Kumpulan JAKEL, Datuk Mohamed Faroz di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam hari ini.

Kumpulan JAKEL semalam telah menyerahkan zakat perniagaan yang berjumlah RM1.25 juta bagi kewangan untuk tahun 2020.

Selain menerima bayaran zakat perniagaan daripada kumpulan JAKEL, Sultan Selangor memperkenan menerima sumbangan zakat perniagaan daripada Gas Malaysia Berhad (Gas Malaysia), SIRIM Berhad (SIRIM), QSR Brand Holdings (QSR Brands) dan daripada Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) dengan jumlah keseluruhan RM9.8 juta.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat