Selepas jumpa BN, GPS pula hadir menghadap Agong

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menerima menghadap pimpinan Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Pimpinan utama BN yang hadir mewakili parti terdiri daripada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong berlangsung kira-kira 40 minit namun, butiran pertemuan tidak pula didedahkan.

Zahid meninggalkan Istana Negara sekitar jam 11.24 pagi yang dituruti Mohamad dan Zambry.

Selain pimpinan utama BN, Datuk Seri Fadhillah Yusof antara beberapa pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dilihat memasuki Istana Negara pada jam 11.07 minit pagi.

Antara pemimpin GPS lain yang turut dipercayai masuk ke lokasi berkenaan adalah Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Datuk Seri Richard Riot Jaem.

Kemelut penubuhan kerajaan Persekutuan dan pelantikan Perdana Menteri yang memasuki hari keempat hari ini menyaksikan masih tidak ada gabungan parti mendapat majoriti mudah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat