Zahid langgar konsensus, BN tak pernah sokong Anwar – MCA

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Parti MCA mendedahkan surat sokongan yang ditandangani Pengerusi Barisan Nasional (BN) untuk menyokong Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 tidak dibuat secara konsensus.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membuat keputusan itu tanpa memaklumkan kepada Dewan Tertinggi BN.

Kata Sin Woon, setakat ini, BN terus kekal dengan keputusan untuk berkecuali dalam memberi sokongan kepada Anwar.

“Ditegaskan bahawa isi kandungan surat bertarikh 22 November 2022 (semalam) dengan menggunakan kepala surat Barisan Nasional yang ditandatangani Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengenai BN memberi sepenuh kepercayaan dan sokongan kepada Pengerusi Pakatan Harapan sebagai Perdana Menteri ke-10, bukan keputusan yang dibuat secara konsensus dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN semalam.

“Sebaliknya, Dewan Tertinggi BN kekal dengan pendirian berkecuali dan tidak menyokong mana-mana pihak buat masa ini,” katanya dalam kenyataan media pada Rabu.

Susulan itu, Sin Woon berkata, MCA dan parti komponen lain mempersoalkan tindakan Zahid ketika Mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam tadi yang dilihat bercanggah dengan keputusan Dewan Tertinggi BN.

“Beliau cuba menafikan mengenai surat itu, namun mengakuinya selepas seorang anggota Dewan Tertinggi BN mengemukakan bukti sahih.

“Surat yang diserahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong itu secara jelas melanggar ketetapan yang dibuat oleh Dewan Tertinggi BN dan dilihat mempersembahkan maklumat yang salah,” katanya.

Beliau berkata, MCA percaya Zahid
tidak lagi layak memimpin BN sebagai Pengerusi dan sekali lagi menggesa beliau meletakkan jawatan secara terhormat seterusnya digantikan dengan Datuk Seri Mohamad Hasan seperti yang
disarankan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam tadi.

Hari ini tular di laman sosial surat yang menggunakan kepala surat BN kepada Istana Negara mengenai sokongan 30 Ahli Parlimen BN kepada Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat