BN selesai berunding dengan PH dan PN, Dewan Tertinggi akan putuskan pilihan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Rundingan Barisan Nasional (BN) sama ada memilih bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN) hanya akan diputuskan oleh Dewan Tertinggi BN.

Secara prosesnya, rundingan BN dan PH serta BN dan PN sudah selesai.

Malam ini, Timbalan Presiden BN yang juga Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan akan membawa semua butiran rundingan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno untuk pandangan MKT.

Manakala pagi esok ia akan dibawa ke mesyuarat Dewan Tertinggi BN.

Selepas itu barulah akan dibentangkan kepada 30 ahli Parlimen BN.

Waktu rundingan dengan PH, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak dilibatkan.

Manakala rundingan dengan PN pada hari ini tidak dihadiri oleh Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana beliau demam namun diketuai oleh Mohamad.

Untuk rekod, BN telah membentuk sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada tujuh perunding yang diketuai oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohamad Hasan termasuk juga Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Selain itu jawatankuasa itu turut dianggotai Datuk Seri Wee Ka Siong, Datuk Seri M. Saravanan, Datuk Arthur Joseph Kurup dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perunding-perunding yang dilantik ini tidak boleh buat keputusan.

Semua keputusan akan ditentukan oleh MKT Umno dan Dewan Tertinggi BN.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat