Mesyuarat BN, PN selesai tapi tiada penjelasan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pertemuan pemimpin utama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) selesai selepas hampir dua jam berunding di St. Regis.

BN yang diwakili Perdana Menteri yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan juga Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Selain itu, hadir sama Timbalan Presiden MIC, M Saravanan dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Joseph Kurup.

Manakala daripada PN ia diwakili Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Naib Presiden Bersatu, Datuk Radzi Jidin; Naib Presiden Bersatu dan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Manakala PAS diwakili Presidennya ,Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Mesyuarat dua jam itu tidak diketahui perinciannya memandangkan kesemua pimpinan itu keluar di pintu lobi berbeza.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat