Nad Zainal kritikal

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon popular, Nad Zainal kini dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan, di sini, akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.

Perkara itu dikongsi rakan baiknya yang juga pelakon, Ungku Ismail Aziz menerusi hantaran di Instagram Story, hari ini.

Dalam hantaran itu, Ungku juga memohon peminat dan pengikutnya mendoakan kesembuhan Nad.

“Assalamualaikum semua. Nad Zainal sedang kritikal sekarang dalam ICU. Mohon doakan dia sembuh seperti sedia kala,” tulisnya.

Harian Metro semalam melaporkan Nad dimasukkan ke ICU pusat perubatan berkenaan selepas dibawa dengan ambulans malam kelmarin.

Sehingga petang semalam, Nad dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Harian Metro

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat