David kembali menyanyi

- Advertisement -

PENERBIT filem, David Teo bukan nama asing dan baharu dalam industri hiburan tanah air.

Tidak hanya merancakkan penghasilan produk bidang lakonan, David yang juga Pengarah Urusan Metrowealth International Group (MIG) pernah bertindak sebagai penerbit untuk lagu di bawah MIG.

Maya Karin, Yassin Sulaiman, Waheeda, Yana Samsudin dan ramai lagi pernah menghasilkan karya lagu diterbitkan David.

Katanya, dia sentiasa bersikap terbuka untuk mengetengahkan bakat baharu.

“Sejak awal pembabitan saya dalam industri hiburan pada 2000 sebagai penerbit filem dan lagu, saya mahu memberi peluang dan membantu mereka yang ada bakat berlakon dan menyanyi mengejar impian.

“Saya melihat seorang bintang itu ‘boleh dicipta, bukan dilahir’. Saya juga percaya setiap bakat baharu yang diberikan peluang, mereka ada potensi untuk bakat seni dimiliki itu dikembangkan dan pergi lebih jauh.

“Cuma bakat baharu ini perlukan platform yang tepat dan betul untuk menghasilkan produk. Jadi, di MIG saya cuba menyediakannya dan kini apa yang pernah dibuat itu sudah menunjukkan hasil.

 

DAVID kini tampil dengan single duet keempat, My Love My Baby. FOTO Rohanis Shukri
DAVID kini tampil dengan single duet keempat, My Love My Baby. FOTO Rohanis Shukri

 

“MIG sudah menghasilkan lebih 100 filem sejak dua dekad lalu. Bahkan, banyak juga filem kami mencatat kutipan ‘box office’ yang membanggakan.

“Jadi, kalau tiada yang lama, maka tidak ada juga yang baharu. Malah, ramai artis naungan MIG dulu, sekarang ini menjadi selebriti popular dan terkenal seperti Shaheizy Sam, Datin Lisa Suriani, Farid Kamil, Zalif Sidek, Atikah Suhaime dan ramai lagi,” katanya.

David berkata, kini dia giat mengetengahkan bakat baharu dalam bidang nyanyian dengan memperkenalkan empat anak muda dikenali B5 yang muncul dengan single berjudul My Love My Baby.

“B5 dianggotai Suhaimi Azmi, Dai Fuad, Aaliyah Natasha dan Chumiee. Malah, kami bekerjasama merakamkan single duet, My Love My Baby ciptaan Amir Ukays dan lirik ditulis, Dai Fuad yang ‘catchy’ dan santai didengar.

“Saya juga tampil dengan mereka untuk menyanyikan bahagian rap bagi membantu promosikan lagu itu. Mereka orang baharu dan orang tak kenal langsung, tapi ada bakat yang boleh digilap untuk pergi jauh.

“Justeru, dengan adanya saya juga dalam lagu ini, orang kenal dan pendengar pun mungkin boleh terima. Lagipun, saya juga sudah merakamkan tiga single iaitu Kacang duet bersama Cat Farish, Kawan Lama (dengan Yasin Sulaiman dan Atikah Suhaime) dan Besar Kepala (bersama Madrizal dan Syaa Nasir),” katanya.

David mengharapkan lagu My Love My Baby diterima baik pendengar. Muzik video lagu ini sudah dilancarkan di YouTube dan media sosial pada 12 November lalu.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat