Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja esok?

- Advertisement -

CYBERJAYA: Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dijangka akan bertemu Raja-Raja yang lain pada mesyuarat khas di Istana Negara esok.

Sultan Abdullah akan meminta pendapat Majlis Raja-Raja mengenai kebuntuan yang berterusan dalam usaha membentuk kerajaan persekutuan, lapor The Star.

Mesyuarat itu dijangka diadakan pada 10.30 pagi esok.

Pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-25) menyaksikan tiada gabungan parti yang mendapat jumlah majoriti dan dapat membentuk kerajaan.

Walaupun kedua-dua gabungan yang mendapat undi terbanyak, Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) mendakwa mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan, namun selepas Barisan Nasional (BN) umum untuk berkecuali, ia sekaligus menyebabkan Parlimen Malaysia terus “tergantung”.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat