PN, BN Bincang Pembentukan Kerajaan Pahang

- Advertisement -

CYBERJAYA: Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berhubung pembentukan Kerajaan Negeri Pahang.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook beliau hari ini.

“Hari ini, akan diadakan perbincangan selanjutnya,” katanya ringkas.

Sebuah gambar turut dimuatnaik oleh Tuan Ibrahim dengan kapsyen: “Doakan kebaikan untuk Negeri Pahang. Insya-Allah”.

Saifuddin semalam memaklumkan Majls Tertinggi PN melantik Tuan Ibrahim untuk mengetuai rundingan pembentukan Kerajaan Negeri Pahang.

Kerajaan Negeri Pahang kini tergantung selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) menyaksikan tiada parti berjaya memperolehi 22 kerusi majoriti mudah untuk menjadi kerajaan negeri.

Pada PRU-15, PN menang 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Barisan Nasional (BN) 16 kerusi manakala Pakatan Harapan (PH) lapan kerusi.

Pahang mempunyai 42 kerusi DUN, namun proses pengundian DUN Tioman ditangguhkan ke 7 Disember ekoran kematian calon PN kerusi itu, Md Yunus Ramli, Sabtu lepas, dipercayai akibat serangan jantung.

Setakat ini, Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang masih belum memberi sebarang kenyataan berhubung pembentukan kerajaan negeri bersama PN.

Bagaimanapun, Pengerusi DAP negeri Leong Ngah Ngah semalam dilaporkan berkata, PH Pahang sedia bekerjasama dengan BN bagi membentuk kerajaan negeri, namun menunggu keputusan rasmi daripada pimpinan pusat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,478FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat