Fungsi UMNO bukan selamatkan parti yang hampir karam – Khaled

- Advertisement -

 

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan bahawa parti itu bukan dalam misi memberikan ihsan kepada mana-mana pihak untuk bernafas dan meraih kemenangan dengan pertolongan UMNO.

Hal demikian katanya, UMNO yakin PAS tidak akan memaksa UMNO untuk menerima Bersatu apatah lagi memberikan kerusi kepada Bersatu dengan sewenangnya.

Justeru, Khaled mengingatkan rakan sekutunya, dalam Muafakat Nasional (MN), iaitu PAS supaya memahami dan menghormati kedudukan UMNO dalam hubungan dengan parti serpihan berkenaan.

Menurut beliau, UMNO dan PAS mempunyai sinergi yang meyakinkan. Maka sinergi inilah yang mesti dioptimumkan waktu ini.

“Selain PAS, kerjasama UMNO dengan parti yang lain adalah berdasarkan formula kemampuan parti tersebut memberikan UMNO ‘strategic advantage’ untuk kebolehmenangan.

“UMNO bukan dalam misi memberikan ihsan kepada mana-mana pihak untuk bernafas dan meraih kemenangan dengan pertolongan UMNO.

“ UMNO juga tidak mahu dipaksa menerima sesiapa untuk menjadi rakan politiknya. Hanya jauhari yang mengenal manikam.

“ Keutamaan UMNO ialah kemenangan berganda dengan kerjasama PAS. Selebihnya, biar UMNO akan tentukan jalannya sendiri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ujar Khaled, UMNO sangat menghargai setiakawan PAS dan kerjasama keduanya telah banyak membuahkan kebaikan kepada politik Melayu Islam di Malaysia.

“Walaupun PAS menyertai Perikatan Nasional (PN), UMNO tidak menghalangnya kerana UMNO memahami dan menghormati kedudukan PAS.

“Lagipun piagam MN tidak pernah menghalang PAS bekerjsama dengan sesiapa pun. Maka demikian juga yang UMNO harapkan dari PAS tentang hubungan UMNO dengan Bersatu,” katanya.

Khaled berkata, beliau yakin bahawa kenyataan bahawa ‘PAS tidak akan bersama UMNO tanpa Bersatu’ oleh seorang yang bukan jurucakap PAS, tidak mewakili pendirian PAS.

Menurutnya, kenyataan itu datang dari seorang yang hanya ingin meyelamatkan Bersatu dan memecah-belahkan MN.

“ UMNO dan PAS menyedari bahawa kepentingan tertinggi ialah rundingan kerusi pilihan raya antara keduanya sebagai sebahagian dari MN.

“PAS pasti menyedari bahawa akan ada kerusi yang UMNO akan bertembung dengan Bersatu. Oleh kerana UMNO bukan sebahagian dari Perikatan Nasional (PN), maka apa jua rundingan dengan Bersatu adalah untuk UMNO lakukan terus dengan PN melalui Barisan Nasional (BN),” ujar Khaled.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat