Perpaduan Melayu strategi UMNO menang PRU15

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kejayaan UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang bergantung kepada sejauh mana parti ini berupaya memimpin perpaduan Melayu.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata, sekiranya tidak melakukan perubahan, UMNO akan semakin mengecil dan membawa stigma lama yang mengakibatkan parti tumbang pada pilihan raya umum lalu.

“ Kerjasama politik kita bukan bersifat eksklusif hanya untuk UMNO dan PAS sahaja.Seperti termaktub dalam Piagam Muafakat Nasional (MN), kita harus perluaskan muafakat.

“PAS mengambil langkah yang betul, di mana kini PAS mengorak langkah menjadi ahli Perikatan Nasional (PN) berkerjasama dengan Bersatu, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Progresif Sabah (SAPP) malah buat pertama kalinya PAS kini ada Adun di Sabah,” catat Annuar di Facebooknya, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan menegaskan bahawa mempertajamkan semula pergeseran politik kalangan orang Melayu bukan sahaja merugikan UMNO malah ia juga bercanggah dengan piagam MN.

“Insya-Allah kita akan terus berusaha mempertingkatkan kerjasama dengan parti-parti lain selain mengukuhkan kerjasama dengan PAS dalam MN,” ujar Ahli Parlimen Ketereh itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat