UMNO Wilayah Seru Semua Parti Politik Berganding Bahu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Semua parti politik diseru untuk berganding bahu dalam menyelesaikan isu-isu rakyat dan meringankan beban rakyat pada waktu pandemik Covid-19 ini.

Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah, Datuk Seri Johari Abd Ghani , berkata tekanan ekonomi akibat pandemik Covid-19 ini bukan sahaja memberi kesan kepada golongan B40, malah ianya juga memberi impak kepada semua pihak termasuk M40, T20, pengusaha kecil dan sederhana bahkan syarikat-syarikat besar yang tersenarai di Bursa Malaysia.

“Menginsafi peningkatan kes positif Covid-19 dan keadaan ekonomi negara semakin meruncing,

“Badan Perhubungan UMNO Wilayah menyeru semua pihak parti politik, samada UMNO, PAS mahupun PPBM untuk bersama-sama berganding bahu dalam menyelesaikan isu-isu rakyat dan meringankan beban rakyat pada waktu yang sukar ini,’ kata beliau.

Dalam pada itu, Johari juga menyambut baik saranan Presiden UMNO untuk melakukan gencatan politik (political ceasefire) supaya tidak mengeruhkan lagi situasi politik yang tidak menentukan sekarang.

“UMNO Wilayah alu-alukan gesaan Presiden UMNO meminta semua pemimpin kerajaan dan juga pemimpin parti politik untuk berusaha keras dalam membantu rakyat yang semakin gelisah akibat peningkatan kes positif Covid-19 setiap hari,

“Mudah-mudahan kita diberi petunjuk dalam membawa negara ini keluar daripada pandemik Covid-19, tulis beliau dilaman facebooknya.

Beliau berharap, dengan kerjasama semua parti politik dan gencatan politik yang dilakukan oleh UMNO seterusnya dapat membangunkan ekonomi negara ke peringkat yang lebih tinggi. –SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat