OnePlus 8T Ditawarkan Secara Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula Daripada RM2,699

- Advertisement -

Berjaya menarik perhatian ramai beberapa tahun lalu dengan tagline Never Settle, jenama ini terus berkembang serta mengumpul lebih ramai peminat. Pada kali ini, jenama ini secara rasminya telah melancarkan model flagship terbaru mereka iaitu OnePlus 8T.

Model ini hadir dengan skrin Fluid AMOLED bersaiz 6.55-inci FHD+. Sokongan refresh rate sehingga 120Hz antara yang ditawarkan buat para pengguna. Mengulas dari segi spesifikasi, model ini sekadar menggunakan processor Snapdragon 865 berbanding Snapdragon 865+.

OnePlus-8T-Rasmi-03-950×535

Penawaran RAM sehingga 12GB serta ruang storan 256GB pastinya sangat memadai untuk kegunaan pengguna harian. Selain itu, model ini turut disertakan dengan sistem penyejukan yang lebih efektif.

OnePlus 8T dilengkapi dengan empat kamera belakang terdiri daripada sensor 48-megapixel, 16-megapixel, 5-megapixel dan 2-megapixel. Kamera pada bahagian hadapan pula dilengkapi dengan sensor 16-megapixel.

Hadir dengan bateri berkapasiti 4,500mAh beserta sokongan pengecasan pantas Warp Charge 65W, para pengguna berpeluang mengecas model ini dari 0-100% dalam tempoh 39 minit sahaja. Sebanyak dua warna yang ditawarkan pengguna iaitu Aquamarine Green dan Lunar Silver.

Harga

OnePlus-8T-Malaysia-Rasmi-03-950×535 (1)

Para pengguna berpeluang mendapatkan OnePlus 8T versi 8GB RAM dan 128GB ruang storan pada harga RM2,699. Model dengan 12GB RAM dan 256GB ruang storan pula ditawarkan pada harga RM2,999. Model ini bakal mula dijual bermula 28 Oktober ini di Lazada manakala pengedar rasmi pula sedia menjualnya pada 31 Oktober ini.

5. OnePlus 8T Pop-up Bundle – RM2,999

Buat anda yang mahu menjadi yang terawal memiliki OnePlus 8T, OnePlus Malaysia turut menawarkan OnePlus 8T set Pop Up dengan harga RM2,999 yang turut ditawarkan bersama bumper Cyborg Cyan dan OnePlus Buds.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat