UMNO – Bersatu tidak mungkin bersama, akan sentiasa berkelahi

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Penulis blog, Shahbudin Husin menyifatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai membuli UMNO.

Menurutnya Muhyiddin kini sedang berusaha sedaya upaya untuk melemahkan UMNO bagi memastikan Bersatu menjadi lebih dominan sekaligus terus kekal menerajui kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Dari segi UMNO, mereka masih melihat Bersatu adalah pembuli yang pada bila-bila masa akan bertukar menjadi buaya lapar mahu menelan parti itu.

“Dengan berebut kawasan yang sama untuk ditandingi, sebagai parti kecil tetapi memiliki banyak kuasa, hanya dengan melemahkan UMNO merupakan satu-satunya cara untuk Bersatu menguasai persaingan.

“Sebagaimana Bersatu pada awalnya ditubuh untuk menggantikan UMNO, perkara itu tidak pernah digugurkan sehingga ke hari ini, baik oleh Muhyiddin atau mana-mana pemimpinnya yang lain,” katanya melalui laman Facebook sebentar tadi.

Menurut penulis buku “Anwar PM ke-8” itu, walaupun gencatan politik telah diumumkan, namun UMNO masih bimbang akan survival dan masa depan parti itu untuk menghadapi PRU akan datang.

“Sebagai parti Melayu paling besar dan punya sejarah perjuangan yang panjang, UMNO merasakan mereka bukan saja harus bertanding lebih banyak kerusi, malah mesti mengambil balik kerusi Perdana Menteri.

“Dalam keadaan sekarang, oleh kerana kerusi Perdana Menteri itu diduduki oleh Bersatu, parti itu juga mahu mengekalkannya terus dalam genggaman.

“Tetapi, tanpa sokongan UMNO dan tanpa toleransinya berbahagi kerusi, Bersatu bukan saja tidak mungkin mampu pergi lebih jauh dalam perjalanan masa depan, malah juga sukar untuk mempertahankan kerusi Perdana Menteri,” katanya lagi.

Katanya jika terus bersama Bersatu, UMNO terpaksa berkongsi banyak kerusi, malah perjuangan untuk mengambil balik kerusi Perdana Menteri juga terpaksa dikorbankan.

“Secara mudahnya, UMNO dan Bersatu memang tidak boleh bersama, mereka akan sentiasa berebut dan berkelahi sesama sendiri, bahkan yang lebih buruk, oleh kerana Bersatu yang kecil memiliki banyak kuasa sementara UMNO yang besar terhad kuasanya, pembulian pasti terus berlaku.

“Terus kekal dalam PN sepertimana keadaan sekarang tidak akan menguntungkan UMNO, sebaliknya Bersatu yang akan mengaut banyak laba,” ujarnya pula.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat