Pele Genap Usia 80 Tahun Hari Ini

- Advertisement -

SAO PAULO: Dianggap sebagai pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman, Pele akan menyambut ulang tahunnya yang ke-80 esok.

Berkurung di kediamannya di sini kerana pandemik COVID-19, namun dia tetap masih mampu ketawa.

Dia mengalami beberapa masalah kesihatan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi karismanya tidak hilang.

“Saya baik-baik saja, saya hanya tidak dapat beraksi” pada hari ulang tahun,” katanya dalam perbualan video dengan pemimpin Konfederasi Bola Sepak Brazil, minggu ini.

Satu-satunya pemain dalam sejarah yang memenangi tiga Piala Dunia (1958, 1962 dan 1970), Pele merancang untuk meraikan ulang tahunnya seperti dilakukan hampir setiap tahun.

Bagaimanapun, beberapa program penghormatan sudah dirancang di Brazil, dari pameran pencapaiannya di Muzium Bola Sepak Sao Paulo hingga mural yang direka oleh pelukis jalanan terkenal Kobra di Santos – kota di mana Pele memulakan karier profesionalnya ketika berusia 15 tahun pada 1955.

“Terima kasih kepada Brazil dan semua rakyat Brazil. Saya sentiasa gembira memakai jersi ini. Terima kasih atas semua ucapan selamat hari lahir saya,” tulisnya menerusi akaun Instagram, yang disiarkan bersama gambar dia meraikan salah satu dari 1,281 golnya.

– AFP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat