Azeez dilepas tanpa dibebaskan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini daripada tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan projek jalan raya di Perak dan Kedah.

Hakim Azura Alwi memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Aslinda Ahad mengikut Seksyen 254 (3) Kanun Tatacara Jenayah.

Beliau berpuas hati bahawa setiap kes perlu dibezakan berdasarkan fakta dan isu utama adalah kuasa budi bicara mahkamah bagi menentukan sama ada tertuduh patut diberi perintah DNAA atau dilepas dan dibebaskan (DNA) daripada pertuduhan, lapor Utusan pada Jumaat.

Terdahulu, Aslinda memohon agar Ahli Parlimen Baling itu dilepas tanpa dibebaskan atas alasan representasi yang dikemukakan oleh tertuduh telah dipertimbangkan oleh pihak pendakwaan dan memerlukan siasatan lanjut.

Pada 7 September lalu, Mahkamah Sesyen diberitahu, Abdul Azeez mengemukakan representasi kelima kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi membatalkan baki sembilan pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang sedang dihadapinya.

Hari ini ditetapkan bagi sebutan kes untuk memaklumkan kepada mahkamah perkembangan representasi berkenaan.

Abdul Azeez pada asalnya didakwa pada 16 Januari 2019 atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta dan 10 tuduhan pengubahan wang haram.

Pertuduhan rasuah berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah melibatkan Lebuhraya Persisiran Pantai Baru dan kerja-kerja menaik taraf Jalan Persekutuan FT005 (Teluk Intan ke Kampung Lekir, Perak).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat