Saya Masih PM Yang Sah, Kata Muhyiddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuktikan dakwaan beliau berhubung sokongan majoriti yang diterima.

Muhyiddin turut meminta agar Anwar mengikuti proses perlembagaan yang ditetapkan sekiranya ingin membentuk kerajaan yang baharu.

“Saya mengambil maklum kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan.

“Dakwaan ini hendaklah dibuktikan menurut proses dan kaedah yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan. Tanpa melalui proses tersebut, kenyataan Datuk Seri Anwar hanyalah dakwaan semata-mata,” katanya melalui satu kenyataan media sebentar tadi.

Menurut Muhyiddin lagi sehingga kini beliau masih merupakan perdana menteri yang sah sambil menggesa agar rakyat bertenang.

“Sehingga dibuktikan sebaliknya, Kerajaan Perikatan Nasional masih berdiri teguh dan saya adalah Perdana Menteri yang sah.

“Saya memohon supaya rakyat bertenang menghadapi situasi ini. InsyaAllah, isu ini akan ditangani dengan baik menurut proses undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan,” tegasnya lagi. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat