Dulu Ada Cerita Gembala, Dakwa Serigala Makan Kambingnya…

- Advertisement -

DALAM keadaan biasa, manusia kena tipu sekali sahaja. Dalam keadaan biasa, manusia jatuh dalam lubang yang sama pun sekali sahaja.

Hanya dalam satu cerita penglipur lara sahaja, manusia ditipu berulang kali bila seorang gembala dakwa kambingnya dimakan serigala. Itu saja satu.

Dalam konteks hari ini (sekejap tadi), Kerajaan Malaysia ini kalau dia nak bubar lain dari proses pilihanraya, dia bubar, sejarah itu sudah ada. Takde gimik-gimik, bubar sahaja mengikut sistem yang ada.

Bila ada gimik ini, kita teringat cerita lama.

Tahun 2008 dulu (bulan September juga) ada cerita sama. Ia disusun begitu cantik dengan kebetulan sebilangan ahli parlimen BN melawat Taiwan. Kononnya itulah mereka yang akan melompat menyokong si polan ini menjadi Perdana Menteri.

Ramai percaya, sebelum tahu kenapa tipu.

Hari ini – lebih sikit 12 tahun selepas itu, sejarah nampaknya macam nak berulang.

Kebetulan, kawan-kawan polan di Sabah sedang bersilat sebab ada calon sekapal merapu tentang insiden Lahad Datu dulu – dekat dekat pulak dengan hari nak mengundi.

Kempen parti lawan pulak antara lain menyebut, bakal kerajaan negeri yang nak ditubuhkan sehaluan dengan kerajaan Persekutuan.

Jadi, boleh fahamlah.

Apa pun diakhirnya kita pilihlah nak jadi apa, nak jadi manusia ke nak jadi kambing?

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat