Kerajaan Muhyiddin Tumbang, Anwar Dakwa Ada Sokongan Majoriti (123 kerusi?)

- Advertisement -

Kerajaan Muhyiddin Tumbang, Anwar Dakwa Ada Sokongan Majoriti

Kuala Lumpur – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin secara rasminya telah tumbang pada hari ini.

Menurut Anwar ia susulan sokongan majoriti ahli-ahli parlimen yang diterima oleh beliau bagi membolehkan gabungan Pakatan Harapan (PH) membentuk sebuah kerajaan yang baharu.

“Saya dengan ini ingin memaklumkan kerajaan Tan Sri Muhyiddin telah tumbang pada hari ini.

“Saya telah mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli parlimen yang kukuh dari kalangan Melayu dan Bumiputera,” katanya melalui satu sidang akhbar sebentar tadi.

Anwar bagaimanapun mendakwa hasrat untuk menyembahkan sokongan ahli-ahli parlimen itu kepada Yang Di Pertuan Agong terpaksa di tangguhkan ekoran keadaan Baginda yang sedang gering ketika ini.

Sumber dalaman PKR menyatakan Anwar Ibrahim mempunyai 123 Ahli Parlimen, namun Anwar enggan menyatakan jumlah sebenar dalam sidang akhbar yang diadakan.

Berita Lanjut Menyusul

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,586FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat