Ramai Ahli Parlimen UMNO/BN Sokong Anwar – Zahid

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan sokongan Barisan Nasional (BN) dan UMNO terhadap Perikatan Nasional (PN) hanyalah berdasarkan kepada sokongan Ahli-Ahli Parlimen sahaja.

Zahid turut mengulangi pendirian parti itu yang tidak berada di dalam komponen PN.

“Saya telah mengikuti sidang media oleh YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Port Dickson.

“Sebagaimana diketahui umum, UMNO dan BN bukan merupakan parti komponen Perikatan Nasional (PN).

“Sokongan kepada kerajaan PN merupakan sokongan dari Ahli-Ahli Parlimen sahaja,” katanya melalui satu kenyataan media sebentar tadi.

Justeri itu menurut Zahid parti tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen yang ingin menyatakan pendirian menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“UMNO dan BN tidak dapat menghalang Ahli-Ahli Parlimen yang mengambil keputusan untuk menyokong YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang berhasrat untuk mengadap KDYMM Yang DiPertuan Agong bagi menyatakan hasrat beliau sebagaimana dimaklumi.

“Saya dimaklumkan ramai Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan BN yang telah menyatakan sokongan. Saya menghormati pendirian Ahli-Ahli Parlimen berkenaan,” tegasnya lagi.

Terdahuu Anwar ketika sidang akhbar khas berkata kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah tumbang.

Menurut Anwar pihaknya telah mempunyai sokongan yang kukuh dan menyakinkan daripada majoriti Ahli-Ahli parlimen untuk membentuk sebuah kerajaan yang baharu.

Ahli Parlimen Port Dickson juga berkata pihaknya sudah membuat persiapan selama berbulan-bulan dan akhirnya mereka memperolehi majoriti kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

“Ini bukan semalaman. Kami sudah membuat perancangan ini selama berbulan-bulan.

“Sekarang kami telah memperoleh majoriti, kami membuat pengumuman,” katanya.

Tambahnya, kerajaan yang bakal dibentuk akan terdiri daripada majoriti ahli Parlimen berbangsa Melayu.

“Sudah tentu ia (dibentuk) dengan majoriti (ahli Parlimen) Melayu, bumiputera. Ia juga merangkumi semua kaum dan agama.

“Saya tidak akan berkompromi dan saya dengan senang hati berkata mereka yang menyertai saya, mereka juga menyokong saya,” katanya.

Terdahulu, beliau mendakwa mempunyai majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan baharu dalam masa terdekat.

Tegas Anwar, beliau telah mendapat perkenan menghadap Al-Sultan Abdullah pada Selasa jam 11 pagi, namun terpaksa ditangguh susulan baginda sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat