SKMM Sentiasa Berusaha Tambah Baik Kualiti Komunikasi, Jalur Lebar Di Sarawak

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa berusaha untuk menambah baik kualiti perkhidmatan komunikasi di seluruh negara termasuk Sarawak.

“Bagi meningkatkan liputan dan kualiti perkhidmatan di Sarawak, sebanyak 31 menara baharu sedang dalam peringkat pelaksanaan bagi penyediaan perkhidmatan jalur lebar mudah alih 4G.

“Semua menara ini dijangka siap dan beroperasi secara berperingkat bermula suku pertama 2021,” kata Kementerian Komunikasi dan Multimedia, dalam jawapannya kepada soalan Senator Zaiedi Suhaili.

Menurutnya lagi, di bawah pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang diumumkan pada 29 Ogos 2020 lalu, sejumlah 636 menara baharu akan dibina di negeri Sarawak.

Pembinaan menara-menara berkenaan akan dijalankan di bawah program Perkhidmatan Pemberian Sejagat (PPS) bagi memperluas liputan jalur lebar mudah alih dengan teknologi 4G.

“Manakala sebanyak 1,043 alat pemancar komunikasi sedia ada akan dinaik taraf melalui program PPS juga.

“Selain itu, pihak pemain industri juga akan membina sebanyak 49 menara baharu serta menaik taraf 825 alat pemancar komunikasi sedia ada secara komersial,” ujarnya.

Perhatian turut diberikan kepada perkhidmatan jalur lebar talian tetap di mana sejumlah 43,013 premis kediaman dan komersial akan tersedia dengan capaian Internet melalui teknologi gentian optik.

“Usaha bagi meningkatkan liputan dan kualiti perkhidmatan jalur lebar di seluruh negara bagi merapatkan jurang digital di antara kawasan bandar dan luar bandar bukan sahaja melibatkan kerajaan persekutuan malah memerlukan kerjasama pelbagai pihak, termasuk di peringkat kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan untuk pemudahcaraan proses-proses perolehan dan kelulusan tapak yang terlibat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat