SKMM Siasat Video Fitnah Tabung Haji, Fahmi Ingatkan Rakyat Jangan Mudah Terpedaya

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memulakan siasatan selepas Lembaga Tabung Haji (TH) membuat laporan berhubung penyebaran beberapa video berunsur fitnah dan hasutan di media sosial.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata mereka yang terbabit sedang dikenal pasti dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, lapor FMT.

“Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan terhadap sebaran palsu tersebut yang merupakan satu jenayah serius,” katanya.

Menurut beliau, jika sabit kesalahan, individu terlibat boleh berdepan hukuman denda sehingga RM500,000.

Siasatan ini dijalankan susulan kenyataan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad, yang memaklumkan bahawa laporan polis dan SKMM telah dibuat kerana kandungan video tersebut boleh menimbulkan kekeliruan orang ramai, khususnya berkaitan isu penjenamaan dan tadbir urus TH.

Dalam masa sama, Fahmi mengingatkan masyarakat agar tidak mudah dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab.

Beliau turut mengaitkan isu ini dengan kes terdahulu melibatkan fitnah terhadap arwah Zara Qairina.

“Ambil pengajaran daripada kes sebelum ini seperti kes arwah Zara Qairina yang difitnah kononnya dimasukkan ke dalam mesin basuh oleh seorang guru. Guru itu telah ditahan dan didakwa di mahkamah.

“Terdapat juga individu yang menyamar sebagai pakar patologi dan menyebarkan dakwaan tidak berasas hingga mencetuskan fitnah besar di media sosial,” katanya, menambah individu itu kini direman dan bakal dihadapkan ke mahkamah dalam masa terdekat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat