PTTI, pusat tuisyen moden yang sinonim dengan kecemerlangan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), terus memperkukuh kedudukan sebagai peneraju pendidikan negara dengan merasmikan pembukaan cawangan ketiganya di Shah Alam. Pembukaan ini menyusul selepas kejayaan dua cawangan utama di Bangi dan Bandar Tun Razak, sekali gus mengukuhkan usaha PTTI dalam menyediakan akses pendidikan berkualiti kepada lebih ramai pelajar di seluruh negara.
Sebagai pusat tuisyen yang telah terbukti keberkesanannya, PTTI berjaya melahirkan ribuan pelajar cemerlang sejak mula ditubuhkan. Tahun lalu, pusat ini mencatat sejarah tersendiri apabila 401 orang pelajar dididikannya memperoleh keputusan straight A dalam SPM 2024, sekali gus diiktiraf dalam Malaysia Book of Records sebagai pusat tuisyen dengan jumlah pelajar straight A terbanyak. Kejayaan ini melonjakkan lagi keyakinan ibu bapa dan pelajar terhadap pendekatan pembelajaran tersusun yang dibangunkan oleh PTTI, merangkumi modul berfokus peperiksaan, bimbingan berterusan dan pengisian motivasi untuk meningkatkan keyakinan diri pelajar.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih mesra disapa Cikgu Fana, pembukaan cawangan ketiga ini bukan sekadar perkembangan fizikal, tetapi manifestasi komitmen untuk terus dekat dengan pelajar dan ibu bapa. Katanya, PTTI menyasarkan 500 pelajar SPM 2025 dari sekitar Shah Alam untuk mengikuti program pembelajaran fizikal di cawangan ini, manakala sasaran keseluruhan adalah 12,000 pelajar seluruh negara yang akan dibimbing melalui gabungan pembelajaran secara bersemuka dan platform dalam talian.

“Setiap anak bangsa berhak merasai pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan tetapi berkesan. Sasaran 500 pelajar di Shah Alam dan 12,000 di seluruh negara bukanlah angka semata-mata, sebaliknya amanah besar yang akan kami laksanakan sebaik mungkin. Kami mahu melihat lebih ramai pelajar bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga yakin, berdisiplin dan mampu mencipta kejayaan dalam hidup,” jelasnya.
Dalam sidang media selepas majlis pelancaran, Cikgu Fana turut menekankan aspirasi PTTI untuk melahirkan sekurang-kurangnya 1,000 pelajar yang mendapat straight A dalam SPM 2025. Keyakinan itu berasaskan rekod pencapaian lalu, sokongan tenaga pengajar berpengalaman serta strategi PTTI yang menggabungkan kaedah pendidikan tradisional dengan elemen edutainment – pendidikan yang digabungkan dengan hiburan – bagi menarik minat generasi muda.
Majlis pelancaran di Shah Alam turut diserikan dengan kehadiran ikon dan duta PTTI, antaranya penyanyi rap terkenal MK K-Clique dan artis popular Iman Troye, yang berkongsi pengalaman dan inspirasi bersama para pelajar. Kehadiran mereka bersama ikon lain seperti Nabila Razali dan Zarul Umbrella dilihat sebagai suntikan semangat kepada generasi muda. Bagi PTTI, keterlibatan selebriti bukan sahaja untuk menarik perhatian, tetapi sebagai pemangkin minat pelajar untuk mendekati ilmu dengan lebih positif.
“Ilmu adalah kunci masa depan. Saya berbangga bersama PTTI kerana mereka bukan sekadar mengajar, tetapi membimbing dan memberi semangat kepada anak muda untuk berjaya,” kata MK K-Clique ketika ditemui.

Sementara itu, Iman Troye yang telah bersama PTTI sejak empat tahun lalu menyifatkan pengalaman tersebut sebagai perjalanan bermakna. “Sebagai anak muda, saya faham cabaran belajar sambil mengejar cita-cita. Kehadiran PTTI memberi peluang kepada pelajar untuk belajar dengan lebih mudah difahami dan menyeronokkan. Saya yakin PTTI mampu melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang SPM tahun demi tahun,” ujarnya.
Bersempena dengan pelancaran cawangan baharu ini, PTTI turut mengumumkan penganjuran Seminar Shortcut Last Minute SPM yang akan diadakan secara percuma dalam talian pada 27 hingga 30 Ogos 2025. Seminar ini terbuka kepada semua calon SPM di Malaysia melalui pendaftaran di laman rasmi PTTI, www.ptti.my, sebagai salah satu usaha memperluas akses pendidikan berkualiti tanpa mengira lokasi.
Dengan langkah berani merasmikan cawangan ketiga di Shah Alam, rekod cemerlang dalam melahirkan pelajar straight A, pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records, serta sokongan duta selebriti yang dekat di hati pelajar, PTTI terus membuktikan dirinya sebagai pusat tuisyen moden yang memberi impak besar dalam membina masa depan generasi muda Malaysia.



