‘Hero’ waktu malam

- Advertisement -

JIKA anda seorang pengguna yang mementingkan kualiti gambar pada tahap terbaik tidak mengira cuaca, cahaya dan keadaan, mungkin peranti pintr baharu ini adalah jawapannya.

Dilengkapi dengan sensor termaju iaitu ‘Penderiaan Super’ IMX800, setiap rakaman gambar pastinya lebih berkualiti terutamanya ketika merakam imej pada waktu malam.

Untuk itu, Honor Malaysia memperkenalkan peranti baharu mereka iaitu Honor 70 yang dilengkapi dengan sensor termaju dalam kelasnya iaitu Sony IMX800.

Berdasarkan pengalaman penulis, kamera Honor 70 ini boleh mendapat pujian kerana hasil imej pada waktu malam atau keadaan pencahayaan kurang adalah sangat mengagumkan.

Beberapa imej memperlihatkan lokasi ikonik sekitar bandaraya Kuala Lumpur pada waktu malam juga jelas memperlihatkan keupayaan sensor kamera berkenaan.

Honor 70 yang menggunakan tetapan kamera cincin berkembang di bahagian atas dan bawah memberikan ciri premium di samping beberapa pilihan warna khusus untuk pengguna.

Pengguna tidak akan berdepan dengan masalah khususnya ketika mahu merakam gambar dalam pencahayaan yang kurang kerana sensor ini terbukti sangat baik ketika malam.

Gambar yang terhasil juga memberikan taburan warna persis realiti tanpa perlu melalui proses suntingan dan sebagainya.

Peranti ini sekali gus menghasilkan imej gambar lebih dinamik serta berkualiti terutamanya ketika waktu malam.

 

HONOR 70 dilengkapi dengan sensor kamera termaju iaitu IMX800 untuk penghasilan imej lebih baik.
HONOR 70 dilengkapi dengan sensor kamera termaju iaitu IMX800 untuk penghasilan imej lebih baik.

 

Honor 70 meneruskan tradisi kod nombor peranti yang berteknologi dan estetik.

Kali ini, Hinor menampillan kamera utama Penderiaan Super IMX800 54MP, Honor 70 memperkenalkan penderia sensor kelas perdana daripada Sony IMX800 1/1.49 inci yang boleh menangkap lebih cahaya untuk menghasilkan gambar lebih cerah dan lebih jelas, terutamanya pada suasana malam dan cahaya latar yang malap.

Honor 70 menggunakan rekaan kamera cincin berkembar dengan kapasiti 54 megapiksel (MP) Sony IMX800, 50MP sudut ultra lebar dan 2MP sensor kedalaman.

Menyentuh aspek spesifikasinya, Honor 70 dikuasakan dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 778G Plus terbina sokongan jaringan 5G.

Skrin pula berukuran 6.67 inci dengan panel paparan OLED melengkung di bahagian sisi persnti berkenaan.

Kapasiti bateri pula adalah 4,800mAh yang menyokong 66W pengecasan pantas iaitu 60 peratus bateri hanya mengambil masa 20 minit saja.

Sistem operasi pula adalah berasaskan kepada Android 12 daripada pemuka Magic UI 6.1.

Tanda harga untuk Honor 70 adalah RM1,999 dan menawarkan tiga warna pilihan.

Pra tempahan dibuka hari ini dan pengguna akan mendapat pelbagai barangan berjumlah RM597.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat