Tidak wajar beri tekanan kepada Perdana Menteri – Zainal Rafique

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Ketua Umno Bahagian Bukit Bintang, Datuk Seri Zainal Rafique, menggesa semua pihak terutama pemimpin parti politik komponen kerajaan, agar memberi ruang dan peluang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menyusun ahli Jemaah Kabinetnya.

Menurut Zainal Rafique, sebaik dilantik sebagai Perdana Menteri, Ismail Sabri bukan hanya bertanggungjawab kepada partinya sahaja, tetapi juga kepada rakyat dan negara.

“Walaupun semua parti berhak dan seharusnya diberi peluang mengemukakan cadangan pelantikan kabinet, namun ia tidak seharusnya mengenakan tekanan dan desakan sehingga menjejaskan pertimbangan Perdana Menteri dalam menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam hal ini,” tegas Zainal ketika dihubungi Suara.TV sebentar tadi.

Zainal berkata demikian ketika diminta mengulas desakan beberapa pihak dalam Umno yang mahu menentukan pelantikan Menteri berdasarkan pandangan parti.

“Perlembagaan Persekutuan, Perkara 43 (2) (b) menyatakan Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Menteri-Menteri lain daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen atas nasihat Perdana Menteri.”

Zainal juga berharap semua pihak menghormati hak budi bicara Perdana Menteri dalam menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai pelantikan Ahli Jemaah Kabinet.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat