Perdana Menteri Mulakan Tugas Rasminya Hari Ini

- Advertisement -

CYBERJAYA: Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memulakan tugas rasminya di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Putra Perdana, hari ini.

Beliau tiba pada jam 8.30 pagi dan disambut oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Jamil Rakon.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun, Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang.

Selepas mengimbas kad perakam waktu, beliau dibawa ke pejabat Perdana Menteri untuk menandatangani buku selamat datang dan selamat bertugas diiringi pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Terdahulu, Ismail Sabri yang mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, pada Sabtu.

Pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri mendapat perkenan DYMM Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Hj Ahmad Shah, Raja-Raja Melayu setelah mendapat 114 sokongan Ahli Parlimen.

Sementara itu, Perdana Menteri dijadual mengadakan lawatan kerja rasmi pertamanya ke daerah Kuala Muda dan Yan, Kedah, hari ini. –SuaraTV

Foto: BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat