Pemuda UMNO cadang Mohamad Hasan dilantik Menteri Kewangan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Selepas tamatnya kemelut penggantian Perdana Menteri, kini sorot tumpuan beralih pula kepada calon-calon Jemaah Menteri yang bakal mengisi Kabinet Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Hari ini, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki ‘melobi’ supaya Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dilantik Menteri Kewangan.

Asyraf dalam catatan Facebooknya mencadangkan nama Mohamad yang juga ADUN Rantau bersandarkan potensi dan pengalaman beliau dalam sektor kewangan dan perbankan.

“Bagi merealisasikan #TuntutanRAKYAT berkaitan moratorium, i-Citra, tambahan nilai pakej-pakej bantuan rakyat yang ketika ini amat susah, gelisah dan tertekan, memerlukan seorang Menteri Kewangan dipilih dari kalangan yang biasa bergelumang dengan rakyat dan memahami denyut nadi mereka.

“Saya mencadangkan agar dipertimbangkan cadangan untuk YAB Perdana Menteri melantik Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan sebagai Menteri Kewangan dalam Kabinet baharu nanti.

“Setuju dengan pandangan ini? Tanya Asyraf.

Pun begitu, cadangan beliau mendapat pelbagai reaksi termasuk meminta Asyraf sendiri menjawat jawatan itu malah ada juga mencadangkan Menteri Kewangan dilantik di kalangan profesional bukannya ahli politik.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat