Nazri Aziz perlu dipertimbang sertai kabinet

- Advertisement -

DALAM satu ketumbukan tentera, bukan hanya panglima perang yang memainkan peranan merancang dan mematahkan serangan musuh, namun pasukan yang kuat juga memerlukan pahlawan-pahlawan terbilang yang mampu merencana serangan terhadap lawan.

Begitu juga dengan sebuah pentadbiran negara, ketua kerajaan harus memiliki pasukan yang mantap dan bijaksana dalam melicinkan urusan kerajaan agar ia disenangi rakyat dan digeruni musuh.

Untuk sebuah kerajaan yang baharu, selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu memiliki pasukan yang boleh bersama beliau melicinkan urusan pentadbiran dan membawa negara keluar dari krisis kesihatan dan ekonomi yang dihadapi sekarang.

Ibarat sebuah pasukan tentera, Ismail Sabri sebagai panglima perang perlu melihat askar-askar yang dimilikinya, perlu menilai siapa antara yang ramai itu memiliki ciri-ciri pahlawan yang bukan hanya mampu melaksanakan tugas yang diserahkan tetapi bijak mengatur strategi untuk mencapai kemenangan.

Tidak dinafikan, dalam senarai kabinet sebelum ini ada beberapa nama yang sering meniti dibibir rakyat kerana menjalankan tugas dengan baik. Nama seperti Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Hishammuddin Tun Husein, Khairy Jamaluddin amat wajar dikekalkan.

Namun Ismail Sabri juga perlu melihat nama-nama lain yang sebelum ini tidak berada dalam kabinet tetapi memiliki ciri pahlawan terbilang.

Antara nama yang wajar dipertimbangkan ialah Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang ramai tahu kelebihannya.

Benar, ramai yang tidak menggemarinya tetapi harus diingat tidak sedikit baik dari kalangan rakyat mahupun pemimpin pembangkang yang mengkaguminya.

Nazri sering dilihat kontroversi dengan kenyataan-kenyataannya yang adakala boleh menguris hati individu yang diusiknya. Namun, kenyataan-kenyataannya itu tidak pula cuba dipatahkan dengan hujah bernas melainkan menggunakan cybertroopers untuk memperlekehkan dengan kata-kata tanpa hujah dan fakta.

Rekod perkhidmatannya selama 19 tahun sebagai menteri sebelum ini membuktikan kewibawaanya, namun Nazri bukanlah orang yang akan mendekati Ismail Sabri untuk menceritakan apa yang telah beliau lakukan.

Yang perlu bijaksana menilai Nazri adalah Ismail Sabri sebagai ketua kerajaan, adakah beliau pahlawan terbilang atau hanya askar biasa yang tidak diperlukan.

Kabinet Ismail Sabri tidak perlu membariskan senator kerana ada antaranya amat tidak digemari rakyat terutama golongan ibu bapa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat