Industri MRO Menuju Ke Arah Digitalisasi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Global Systémes Asia Sdn Bhd (GSA) telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MOU) dengan syarikat pasaran digital Penyelenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih (MRO) ternama, berpangkalan di Perancis iaitu AEROBAY.

Memorandum persefahaman ini akan menerokai ruang pembangunan hab digital pembekalan alat ganti dan perkhidmatan MRO dalam Industri Aeroangkasa dan Penerbangan bagi pengendalian pesawat dan helikopter di rantau Asia Pasifik.

Pengerusi Global Systémes Asia Sdn Bhd, Dato ‘Nonee Ashirin Dato’ Mohd Radzi berkata melalui kerjasama tersebut, GSA dan Aerobay secara kolaboratif akan memanfaatkan kepakaran masing-masing bagi memajukan pengedaran dan keupayaan MRO dalam alat ganti tempatan.

“Usaha sama yang boleh memanfaatkan pasaran pengedaran MRO global bernilai AS 750 bilion ini akan meletakkan GSA sebagai syarikat MRO pertama di rantau Asia Pasifik yang menyediakan platform e-Dagang bagi alat ganti dan lebihan stok.

“Ini merangkumi portfolio sivil dan ketenteraan serta kerjasama berterusan dengan pihak kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kolaborasi ini juga jelasnya akan dapat membuka ruang aliran pendapatan baharu dan perkhidmatan tambahan serta bakal menyaksikan GSA memperkuatkan lagi kedudukan kami dalam industri MRO, didorong oleh platform e-Dagang yang mantap.

“Rantau Asia Pasifik sedang menyaksikan satu peningkatan dalam penggunaan perkhidmatan profesional melalui platform e-Dagang dan telah pun dikenali sebagai pusat sehenti dalam pembekalan dan pengedaran alat ganti ke pelbagai negara. Digitalisasi adalah kunci perniagaan masa hadapan.

“Usaha sama Global Systémes Asia Sdn Bhd (GSA) dan AEROBAY ini akan mewujudkan AEROBAY Asia Pacufic (AAP), dimana kedua-dua syarikat akan berkolaborasi dalam bidang kepakaran masing-masing dalam sector perkhidmatan MRO, e-Dagang dan pengedaran alat ganti dalam talian dengan objektif untuk menjadi hab digital terkemuka rantau ini dalam pembekalan alat ganti dan perkhihdmatan MRO bagi pengendalian pesawat dan helicopter,” katanya.
Menurut pakar penganalisis dan penyelidikan , GSA dan AEROBAY boleh memanfaatkan sektor pertumbuhan yang pesat.

“Memorandum persefahaman ini bakal menerokai ruang pembangunan hab digital pembekalan alat ganti dan perkhidmatan MRO bagi pengendalian pesawat dan helikopter di rantau Asia Pasifik,”katanya.

Selain itu menurut penyedia perkhidmatan pasaran dan perundingan pasaran global pula iaitu Acumen Research and Consulting pasaran pengedaran MRO global dijangka akan tumbuh pada sekitar CAGR 2.0% dari 2020 hingga 2027 dan pencapaian nilai pasaran ini akan melebihi AS 758.1 Bilion menjelang 2027.

“Penyelenggaraan, Pembaikan, dan Operasi (MRO) adalah penting agar proses operasi pengeluaran berjalan dengan lancar.

“Salah satu faktor utama yang mendorong permintaan dan pertumbuhan MRO adalah sector pembuatan, globalisasi, perindustrian, dan digitalisasi yang semakin meningkat di seluruh dunia terutama sekali negara-negara membangun,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat