Pilih Anggota Kabinet Yang Ada Semangat Keluarga Malaysia, Tawar Kerjasama Rentas Parti – Zahid Beritahu PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Aspirasi ‘Keluarga Malaysia’ yang diimpikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob boleh dicapai sekiranya Kabinet dianggotai pimpinan yang mempunyai semangat Keluarga Malaysia.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagi mencapai aspirasi Keluarga Malaysia Jemaah Menteri mesti dianggotai dalam kalangan pemimpin yang berkaliber dan sentiasa bersemangatkan rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, Zahid mengemukakan syor kepada Ismail Sabri supaya menawarkan kerjasama rentas parti politik agar semua pihak dapat berganding bahu menyelamatkan negara.

“Bagi mencapai aspirasi Keluarga Malaysia maka barisan pimpinan kerajaan baharu perlu mempunyai semangat Keluarga Malaysia.

“Semoga aspirasi Keluarga Malaysia dapat direalisasi untuk membawa negara keluar daripada krisis kesihatan dan ekonomi,” kata Zahid memgulas ucapan sulung Ismail Sabri selaku Perdana Menteri semalam.

Menurut Ismail Sabri, kesemua ahli politik harus berfikiran terbuka dan berlapang dada menerima, mencungkil persamaan serta mengenepikan perbezaan.

Sehubungan itu, beliau mengajak semua penggubal dasar untuk bersama-sama bersepakat menyelamatkan Keluarga Malaysia.

Zahid mengucapkan tahniah kepada Naib Presiden UMNO itu atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-9 dan ucapan yang membawa aspirasi Keluarga Malaysia.

“Sebuah kerajaan baharu beraspirasi Keluarga Malaysia yang akan berusaha menangani pandemik COVID-19 sebaik mungkin.

“Berusaha sehabis baik memperbaiki keadaan ekonomi rakyat dan negara agar terkeluar dari kesuraman,” ujar Zahid.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat