BN Teguh Di Belakang Ismail Sabri, Keluarga Malaysia Tepati Matlamat Parti

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) akan terus memberikan komitmen mempertahankan kestabilan politik negara dan bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengharungi cabaran semasa negara.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, ucapan sulung Perdana Menteri itu amat bertepatan dan diharapkan menjadi penyatu seluruh warga dalam menghadapi kemelut negara ketika ini.

Ujar beliau, BN yakin komitmen Perdana Menteri menjadi neraca yang baik untuk beliau memulakan langkahnya dalam menerajui pentadbiran negara di tengah-tengah cabaran pandemik COVID-19, kesuraman ekonomi dan kesukaran kehidupan sosial.

“Dewan Tertinggi BN mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan ucapan sulung Perdana
Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Konsep “Keluarga Malaysia” yang diketengahkan oleh Perdana Menteri menepati matlamat BN yang meletakkan perpaduan dan keharmonian sebagai asas negara Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.

Menurut Zambry lagi, dengan latar pelbagai bangsa, suku kaum dan agama serta wilayah, konsep Keluarga Malaysia adalah cerminan sebenar negara kita dan diharap akan mengukuhkan perpaduan serta tekad seluruh rakyat untuk sama-sama menggembleng tenaga dan fikiran bagi memacu pertumbuhan Malaysia dan memperkasa kesejahteraan rakyat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,578FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat