“Dulu ada rancangan minta lagu, sekarang minta jawatan”

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Nampaknya tindak-tanduk politikus dijadikan bahan jenaka, terkini mereka diketawakan kerana sibuk melobi jawatan untuk menyertai Kabinet baru Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Tokoh Wartawan Nasional, Datuk A. Kadir Jasin secara sarkastik memuat naik status Facebooknya memerli tindakan pemimpin-pemimpin politik tanah air yang dilihat kemaruk meminta, mencadang dan tak kurang juga melobi jawatan.

“Dulu di Radio Malaya ada rancangan lagu-lagu permintaan.

“Sekarang di Putrajaya ada rancangan minta jawatan,” sindir beliau.

A. Kadir turut memberi contoh, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) meminta pentadbiran persekutuan baru untuk mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kedua (TPM II) untuk diisi oleh seorang ahli Parlimen Sarawak dari Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“SUPP berpendapat bahawa satu lagi jawatan TPM II harus dibuat dan jawatan TPM ini akan dikhaskan untuk Sarawak dan Sabah, kerana Sarawak dan Sabah memang merupakan dua rakan kongsi yang setara di Malaysia.

“Sarawak dan Sabah telah banyak menyumbang untuk pembangunan negara selama ini, sejak tahun 1963,” kata Setiausaha Agung SUPP Sebastian Ting.

Hari ini, Perdana Menteri memaklumkan beliau akan mengumumkan senarai Kabinet dalam minggu ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat