UMNO Akan Bincang Dengan MN Untuk Tentukan Calon PM

- Advertisement -

Tanjung Malim – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan parti itu akan mengadakan perbincangan dengan ahli gabungan Muafakat Nasional (MN) bagi menentukan calon perdana menteri.

“Kami (UMNO) akan mengadakan mesyuarat Muafakat Nasional (MN) dan akan di rundingkan dengan rakan-rakan yang menyokong Perikatan Nasional (PN).

“Kerana kerajaan yang dibentuk (ketika ini) adalah kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang di dokong oleh ahli-ahli parlimen,” katanya sebentar tadi.

Awal Julai lalu, UMNO dan PAS dikatakan telah bersetuju secara prinsip untuk terus menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri bagi menghadapi PRU15.

Perkara itu di sahkan oleh Setiausaha Bersama Sekretariat Muafakat Nasional (MN) yang berkata, keputusan itu dibincang dalam mesyuarat bersama sebelum ini.

Justeru, beliau berkata, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendapat sokongan kedua-dua parti Melayu Islam terbesar itu.

Seterusnya Ahmad Zahid turut membayangkan PRU15 akan diadakan tidak kurang dari 100 hari bermula hari ini. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat