Mufti Perak Dimasukkan Ke Hospital

- Advertisement -

IPOH – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dimasukkan ke sebuah hospital swasta, di sini awal pagi tadi selepas mengalami strok.

Exco Agama Islam dan Penerangan Perak, Mohd Akmal Kamarudin yang mengesahkan perkara itu berkata, Harussani dikejarkan ke hospital selepas solat Subuh.

Menurutnya, berdasarkan maklumat diberikan Jabatan Mufti Perak setakat ini, Harussani masih lagi dalam pemantauan rapi di hospital berkenaan.

“Saya menyeru seluruh rakyat Perak dan rakyat di seluruh negara mendoakan kesejahteraan Tan Sri Mufti yang kita sayangi.

“Kita mendoakan agar beliau segera sembuh kerana khidmat beliau masih lagi diperlukan di negeri ini,” katanya hari ini.

Mohd Akmal berkata, Harussani memerlukan rehat buat masa ini.

Harussani, 81, dilantik sebagai Mufti Perak bermula tahun 1985 sehingga kini dan memegang pelbagai jawatan termasuk di peringkat persekutuan

Antara jawatan itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Penapisan Bahan-Bahan Terbitan Berunsur Islam, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Lembaga Teks Al-Quran dan Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat