Jaringan Safawi Dapat Pencalonan Gol Terbaik Sedekad ACL

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jaringan Safawi Rasid pada perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia (ACL) menentang Shandong Luneng tahun lalu tercalon dalam Gol Terbaik Sedekad ACL.

“Antara bintang muda Asia Tenggara yang sedang menyinar.

“Penyerang itu menunjukkan kebolehan melepasi Wu Xinghan untuk berada dalam kedudukan menjaringkan gol sebelum melepaskan rembatan padu ke arah gawang dan menghasilkan jaringan berkualiti”, tulis artikel Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) semalam.

AFC telah menyenaraikan 20 jaringan menerusi dua separuh akhir yang mana lima gol terbaik layak ke final pada bulan September.

Mei lalu, jaringan penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu dinobat sebagai gol lencongan terbaik ACL 2019 selepas mendapat 50 peratus undian.

Safawi menerima 159,502 undi, sekali gus mengetepikan bekas bintang Chelsea yang pernah mencipta nama dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), Oscar.

Gol ’emas’ dihasilkan dari luar kotak penalti ketika menentang Shandong pada 9 April tahun lalu itu berjaya mengalahkan Oscar dan tiga pencabar lain.

Oscar yang beraksi bersama Shanghai SIPG sekadar meraih satu peratus undian diikuti Nam Tae-hee dari Lekhwiya dan Serginho yang mewakili Kashima Antlers. – Utusan

Peminat boleh mengundi jaringan Safawi di: https://www.the-afc.com/competitions/afc-champions-league/latest/news/acl-goals-of-the-decade-semi-final-1

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat