BN-PN akan menang, tidak perlu lagi bergabung dengan PH – Tok Mat

PEDAS – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan yakin dengan kekuatan penyatuan ummah yang melibatkan BN dan Perikatan Nasional (PN) bakal mencipta kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Calon BN DUN Rantau itu sekali gus menyanggah kemungkinan BN akan kembali kerjasama dengan PH jika gagal memperoleh majoriti mudah.

“Itu kau cakap, bukan saya. Tak ada apa-apa pun. Sebab kita yakin kita menang… Sebab itu kita buat persefahaman ini. Kerena kita mempunyai keyakinan tinggi (menang).

“Kita pernah tewas dua kali, PRU-14 dan PRU-15, kerana orang Melayu berpecah.

“Jadi saya kata, sakit berpunca, mati bersebab. Puncanya kita berpecah-belah, kita kalah. Jadi kita sedar itu. Sakit perut, makan ubat sakit perut, ya. Jadi dia akan membaiki ataupun memulihkan kita. Jadi ini yang kita lakukan (satukan Melayu-Islam),” katanya pada sidang media selepas program santai bersama Tok Mat Hasan di PDM Kampung Tengah pada Khamis.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno menyatakan bahawa, situasi di Negeri Sembilan tidak ada Bangsa Johor.

“Kita berpecah-pecah sangat, berpuak-puak sangat, akhirnya kita kalah. Sebab kita kalah kerana kita… bersengketalah, berpecah-pecah.

“Jadi perpecahan ini yang nak kita tautkan semula, perpecahan ini nak kita satukan semula.

“Dan itu sebabnya kita, walaupun berat di hati, tapi kita merelakan ada banyak kerusi yang majoriti Melayu pun kita serahkan kerana persefahaman kita, siapa menang, itu kerusi dia. Jadi tak timbul soal kita menyesal ke tidak, tak, ya. Itu persefahaman kita.

“Dia menang kerusi tu, kita bagi, ya. Dia menang kerusi… kita menang kerusi tu, kita bagi. Haa… jadi yang lain tu ada balancenya, dan kita bagi-bagilah, ya. Mana yang patut kita ambil, mana yang patut kita bagi kat orang, ya.

“Jadi itu persefahaman yang amat baik yang telah dapat kita laksanakan.

“Mudah-mudahan Allah SWT akan memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional dan juga Perikatan Nasional di kawasan masing-masing, Insya-Allah,” ujar Menteri Luar Negeri itu lagi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat