Bantu Adik Sufi Syafrina Hidap Penyakit SMA – Ismail Sabri

- Advertisement -

KAJANG — Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru orang ramai untuk sama-sama menyalurkan bantuan kepada adik Sufi Syafrina yang mengidap penyakit Spinal Muscular Atrhopy (SMA) Type 1.

Ismail Sabri berkata, Sufi Syafrina, enam bulan memerlukan rawatan suntikan jenis Zolgensma bernilai RM9.28 juta untuk pulih seumur hidup.

“Saya amat tersentuh melihat keadaan adik Sufi Syafrina yang terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan 24 jam untuk meneruskan kehidupan.

“Saya turut dimaklumkan rawatan ini perlu dilakukan segera atau sebelum usia mencecah 2 tahun.

“Saya berharap lebih banyak pihak seperti syarikat korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut sama membantu agar rawatan ini dapat disegerakan,” katanya.

Ahli Parlimen Bera itu berkata demikian ketika menziarahi adik Sufi Syafrina di kediaman bapanya, Mohd Shafiq di Kajang, Selangor.

Untuk rekod, Sufi Syafrina pada awalnya mengalami demam sebelum menghadapi kesukaran bernafas.

Mohd Shafiq Idrus, bapa kepada Sufi Syafrina memaklumkan mereka memerlukan dana sebanyak RM9 juta untuk membeli ubat Genetik Zolgensma dan seterusnya dapat menjalankan rawatan pemulihan penyakit tersebut.

Untuk bantuan lanjut boleh menghubungi Mohd Shafiq di 011- 59787879 atau sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun bank Maybank atas namanya bernombor 562021680453.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat