Rakyat Jangan Alpa SOP Covid-19 Titah Agong

Najib Beri Respon Sinis Selepas Didakwa Jadi Menteri Dalam Kabinet Anwar

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi respons secara sinis terhadap dakwaan sebuah laman sesawang yang melaporkan beliau antara 19...

“Deklarasi Mahathir dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

CYBERJAYA - Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) terutamanya kepada YAB Perdana Menteri,...

PKR Sasar Sokongan 20 MP Lompat Dari Bersatu dan UMNO – Laporan

KUALA LUMPUR — Dakwaan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sokongan majoriti bagi menubuhkan kerajaan terus menimbulkan pelbagai tanda tanya,...

Annuar Musa Negatif Covid-19, Tetap Jalani Kuarantin

CYBERJAYA - Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa memberitahu bermula hari ni beliau akan menjalani kuarantin di Kota Kinabalu walaupun ujian...

Anwar Takkan Lama Jadi PM Jika Saya Menang Di Mahkamah – Peguam

KUALA LUMPUR – Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana beliau akan berdepan dengan keputusan mahkamah berhubung...

Kuala Lumpur – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menitahkan seluruh rakyat Malaysia supaya tidak bersikap sambil lewa dan alpa dengan arahan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka turut menzahirkan kegusaran berikutan peningkatan kes baharu Covid-19 kepada dua digit dan kewujudan beberapa kluster baharu wabak itu.

“Al-Sultan Abdullah menggesa rakyat supaya tidak hilang fokus dan sentiasa berwaspada serta berdisplin dalam memainkan peranan masing-masing dengan mematuhi SOP, termasuk perintah kuarantin dan amalan kebiasaan baharu.

“Al-Sultan Abdullah turut mengingatkan rakyat tentang kejayaan kerajaan, Kementerian Kesihatan (KKM) serta agensi berkaitan, khususnya barisan petugas hadapan dalam mengawal penularan wabak Covid-19.

“Usaha-usaha ini tidak bermakna jika negara menghadapi gelombang kedua dan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan yang boleh memberi kesan kepada keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan kebimbangan terhadap kemungkinan berlakunya peningkatan kes demam denggi di Malaysia jika rakyat mengambil sikap sambil lewa dan tidak memandang serius terhadap ancaman nyamuk Aedes.

Ahmad Fadil berkata, Seri Paduka menitahkan rakyat agar lebih peka dan mengambil perhatian serius terhadap ancaman nyamuk Aedes serta langkah pencegahan untuk mengurangkan peningkatan kes demam denggi.

“Seri Paduka menyeru rakyat untuk terus melaksanakan langkah pencegahan yang disarankan KKM dan pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan rumah dan kawasan persekitaraan bersih serta bebas daripada habitat pembiakan nyamuk Aedes.

“Al-Sultan Abdullah turut menyarankan rakyat mengamalkan langkah pencegahan daripada gigitan nyamuk ketika melakukan aktiviti di luar dan dalam rumah dengan menggunakan repelan serta semburan aerosol, dan mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berhampiran jika menunjukkan gejala demam denggi,” katanya.

Ahmad Fadil berkata, Al-Sultan Abdullah turut menegaskan bahawa kejayaan membendung wabak Covid-19 dan membanteras ancaman demam denggi adalah usaha kolektif kerajaan dan seluruh lapisan rakyat tanpa mengira pelbagai latar belakang.

Al-Sultan Abdullah turut menitahkan supaya seluruh rakyat Malaysia berdoa agar situasi wabak Covid-19 dan demam denggi di negara ini dapat dikawal serta dibendung dengan berkesan dan Malaysia sentiasa di bawah rahmat dan dilindungan-Nya. – Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

PKR Sasar Sokongan 20 MP Lompat Dari Bersatu dan UMNO – Laporan

KUALA LUMPUR — Dakwaan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sokongan majoriti bagi menubuhkan kerajaan terus menimbulkan pelbagai tanda tanya,...

Annuar Musa Negatif Covid-19, Tetap Jalani Kuarantin

CYBERJAYA - Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa memberitahu bermula hari ni beliau akan menjalani kuarantin di Kota Kinabalu walaupun ujian...

PRN Sabah: KKM Rayu Patuhi SOP Kempen, Mengundi Tanpa Kira Status, Kedudukan

KOTA KINABALU – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merayu semua yang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tanpa mengira status dan kedudukan dalam masyarakat...