Azmin Dalam Bahaya, Musuh Dengan Semua Orang

Kenyataan Zahid Hamidi Ada Kebenaran – Timbalan Presiden Pas

KOTA KINABALU- Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bersetuju dengan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mengenai kesukaran untuk...

PRNSabah: Malam Penutup Kempen BN Di Lamag Meriah, Walaupun “Terganggu”

KINABATANGAN: Sekalipun kelancaran majlis ceramah terakhir BN untuk kempen pilihanraya negeri Sabah ke-16 di DUN Lamag sebentar tadi terganggu oleh masalah teknikal, ia tidak...

Anwar Tolak Parti Pejuang, Takkan Saya Nak Sokong Dia? – Mahathir

LANGKAWI - Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu membuktikan dakwaan beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan kerana pengumumannya itu boleh...

Penafian Ahli Parlimen UMNO Bukti Anwar Terdesak & Kemaruk Kuasa – Azmin

KOTA KINABALU - Dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau menerima sokongan 'kukuh dan meyakinkan' daripada ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan adalah tindakan orang...

Ku Nan Menteri Industri Utama, Cuma Angan-angan Anwar

KOTA KINABALU- Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan spekulasi dirinya bakal menjawat Menteri Industri Utama dalam Kabinet pimpinan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar...

Cyberjaya – Masa depan politik Menteri Kanan (Ekonomi), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berada dalam bahaya kerana dilihat kurang mempercayai pimpinan UMNO dan Pas.

Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil berkata, dakwaan itu susulan tindakan Ahli Parlimen Gombak itu mengadakan Mesyuarat Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) baru-baru ini tanpa wakil rakyat dari Perikatan Nasional, sebaliknya hanya menjemput Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dari Pakatan Harapan (PH).

“Dia nampaknya bermasalah dengan semua orang. Azmin perlu berusaha memperbaiki hubungannya dengan UMNO dan Pas serta melupakan untuk mendapatkan kembali sokongan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kapal itu sudah belayar.

“Pengundi Cina tidak akan memilih Azmin dan rakan-rakannya yang berhijrah daripada Pakatan Harapan, pada pilihan raya akan datang. Saya rasa dia ada masalah besar ketika ini,” katanya kepada sebuah portal.

Dalam pada itu, bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO Selangor lebih suka bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di bawah perjanjian Muafakat Nasional dengan Pas berikutan tiada perjanjian formal antara Perikatan Nasional.

“Retorik negatif seperti ‘UMNO tidak popular, UMNO parti yang kalah’ seperti diucapkan pemimpin Bersatu tidak membantu memperbaiki hubungan dan hanya memburukkan lagi keadaan.

“Tidak ada sokongan akar umbi untuk Bersatu dan kemenangan 13 kerusi pada PRU lalu hanya kerana undi Melayu terbahagi antara UMNO dan Pas.

“Kali ini, ia tidak lagi akan memiliki kelebihan ini. Orang Cina tidak akan memilih PPBM lagi dan kumpulan kecil orang Melayu yang juga penyokong tegar PKR akan meninggalkannya. Jika Bersatu tidak bekerjasama dengan Umno, ia akan bermasalah,” ujarnya lagi.

Beliau berkata, orang Melayu hanya memerlukan UMNO dan Pas untuk memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam.

“Jika ahli Bersatu tidak menyukai UMNO, mereka boleh menyertai Pas. Ini jika mereka betul-betul peduli dengan perpaduan Melayu,” tegasnya pula.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Kenyataan Zahid Hamidi Ada Kebenaran – Timbalan Presiden Pas

KOTA KINABALU- Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bersetuju dengan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mengenai kesukaran untuk...

PRNSabah: Malam Penutup Kempen BN Di Lamag Meriah, Walaupun “Terganggu”

KINABATANGAN: Sekalipun kelancaran majlis ceramah terakhir BN untuk kempen pilihanraya negeri Sabah ke-16 di DUN Lamag sebentar tadi terganggu oleh masalah teknikal, ia tidak...

Anwar Tolak Parti Pejuang, Takkan Saya Nak Sokong Dia? – Mahathir

LANGKAWI - Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu membuktikan dakwaan beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan kerana pengumumannya itu boleh...