Pak Lah, Najib Tak Dengar Nasihat Saya – Mahathir

- Advertisement -

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, dua bekas perdana menteri selepas beliau, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak enggan mendengar nasihatnya.

Sebaliknya menurut Mahathir bercakap kepada ChannelNewsAsia semalam, kedua-dua tokoh politik itu mahu membina legasi mereka sendiri ketika menjawat kerusi tersebut.

“Mereka tak mau dengar. Mereka mahu bertindak sendiri, mereka mahu meninggalkan legasi sendiri

“Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Abdul Razak tak pernah dengar nasihat saya. Malah semasa dalam kerajaan sebelum ini, Anwar langsung tak mahu mendengar nasihat saya,” katanya.

Mahathir berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau akan mempertimbangkan tawaran Anwar supaya dia dilantik menjadi menteri mentor sekiranya Pakatan Harapan Berjaya merampas semula Putrajaya.

KEtika ditanya sama ada Anar perlu menyertai parti Melayu untuk membolehkan beliau menjadi perdana menteri, Mahathir berkata bahawwa ianya bukan satu kemestian, sebaliknya mesti mendapat sokongan orang Melayu.

“Anwar tidak dianggap sebagai protagonis bagi orang Melayu kerana dialah yang memulakan parti yang berbilang kaum dan ramai pemimpin dalam parti itu bukan orang Melayu.

“Orang Melayu sangat curiga terhadap parti bukan Melayu atau berbilang kaum,” kata Mahathir.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat