SPRM Siasat Rakaman Audio PM

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memaklumkan ia sudah siasat rakaman audio yang dikatakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin cuba menarik pemimpin Umno menyertai PPBM dengan tawaran jawatan dalam Kabinet dan syarikat berkaitan kerajaan.

Ketua Pesuruhjaya Azam Baki berkata perkara itu sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

Ditanya adakah Muhyiddin akan dipanggil untuk diambil keterangan berhubung rakaman itu, Azam berkata bergantung kepada arahan Jabatan Peguam Negara.

“Kita perlu lihat pelbagai isu dalam siasatan rakaman audio seperti ketulenan suara dan sama ada apa yang diperkatakan dalam audio itu jenayah atau bukan,” katanya pada sidang media di UniKL hari ini.

Rakaman itu dikatakan dibuat di mesyuarat majlis tertinggi PPBM pada 23 Feb, sehari sebelum Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan perdana menteri dan pengerusi PPBM, menyebabkan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan.

Menurut rakaman itu, Muhyiddin dikatakan galak pemimpin PPBM meyakinkan ahli Parlimen Umno berhijrah. PPBM akan jadi parti Melayu terbesar dalam kerajaan sekiranya berjaya.

Pada Selasa, Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh bertanyakan tentang perkembangan terkini laporan polis berkenaan audio itu, mengatakan kesalahan mungkin sudah dilakukan sekiranya suara dalam audio itu suara Muhyiddin.

Laporan dibuat kepada SPRM sejak rakaman itu didedahkan pada Mei.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat