Amerika Syarikat Jadi Lokasi Latihan F-35 Singapura

- Advertisement -

MELBOURNE, Australia – Singapura telah memaklumkan Tentera Udara AS bahawa negara itu ingin menempatkan detasemen latihan jet F-16 nya yang kini berpusat di Arizona, dengan unit latihan F-35 miliknya pada masa depan. Turut disenarai pendek, lima lokasi lain di AS yang turut berpotensi menjadi lokasi untuk melatih pengendali F-35 antarabangsa

Dalam satu kenyataan kepada Defense News, jurucakap Tentera Udara A.S. Ann Stefanek mengatakan bahawa mereka “merancang untuk menubuhkan Pusat Latihan khusus untuk pelanggan antarabangsa F-35 di Amerika Syarikat. Pusat itu nanti dapat menampung hingga 36 pesawat F-35 pada setiap masa.”.

Berdasarkan rundingan dengan pelanggan antarabangsa yang membeli jet berkenaan serta pertimbangan ruang udara dan cuaca, tentera Udara sedang mempertimbangkan lima lokasi berpotensi. Ini termasuk Pengkalan Udara Buckley, Colorado; Lapangan Terbang Fort Smith, Arkansas; Hulman Field, Indiana; Pangkalan Bersama San Antonio-Lackland, Texas; dan Pangkalan Pengawal Nasional Selfridge Air, Michigan, ”tambahnya.

Dalam satu kenyataan yang mengumumkan bahawa Lapangan Terbang Wilayah Fort Smith juga turut dipertimbangkan, Senator Arkansas Tom Cotton mengatakan bahawa Setiausaha Tentera Udara Barbara Barrett menandatangani memorandum pada 6 Julai untuk menubuhkan pusat latihan di situ.

Beliau juga mendedahkan bahawa Singapura – yang merupakan pelanggan antarabangsa untuk F-35B, telah diberi kebenaran awal tahun ini untuk membeli empat pesawat dengan pilihan untuk lapan lagi – ingin menempatkan skuadron F-16nya, yang kini berpusat di Pangkalan Tentera Udara Luke, dengan F-35 sebagai “lokasi latihan untuk pelanggan antarabangsa bagi jangka panjang.”

Berikutan keluasan ruang angkasa negaranya yang terhad serta keperluan strategik yang lain, Singapura telah meletakkan sejumlah besar juruterbang dan aset tempurnya di luar negara bagi membolehkan mereka berlatih dengan sempurna.

Berdasarkan sumber terbuka, antara negara dimana pesawat tempur Singapura ditempatkan ialah di Amerika Syarikat, Australia dan Thailand – Defense News

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat